JENIS-JENIS RAM
Suatu ketika dahulu, iklan komputer yang tersiar di majalah begitu mudah difahami. Ini adalah kerana pilihan pengguna terhad kepada beberapa pemproses sahaja di samping beberapa pilihan lain yang berkaitan dengan komponen-komponen komputer. Apa yang dimaksudkan dengan komponen termasuklah pemacu cakera keras sehinggalah kepada kad bunyi. Bagaimanapun pilihan spesifikasi komputer pada hari ini agak memeningkan kepala kerana disertakan dengan pelbagai istilah yang mengelirukan. Tambahan pula ada dikalangan yang begitu sukar untuk memahami beberapa istilah tertentu yang menerangkan tentang spesifikasi komponen. Tidak terkecuali juga beberapa istilah yang digunakan untuk menerangkan tentang ingatan komputer atau Ingatan Akses-Rawak (Random-Access Memory @ RAM).
Sama ada disedari ataupun tidak, RAM tersebut terdiri daripada pelbagai jenis yang berlainan fungsi dan keupayaannya. Sehingga kini singkatan istilah RAM telah ditokok tambah dengan beberapa huruf tertentu dihadapannya sehingga muncul senarai singkatan seperti berikut ; DRAM, VRAM, SRAM, SDRAM serta WRAM. Singkatan sedemikian mungkin sudah cukup untuk mengelirukan orang apatah lagi dengan kemunculan pelbagai istilah yang terkini.
Dalam artikel ini akan dijelaskan beberapa kekeliruan tentang istilah, fungsi dan prestasi pelbagai bentuk RAM tersebut. Pertama sekali kita akan lihat secara ringkas bagaimana RAM berfungsi di samping hubungkaitnya dengan CPU (Unit Pemprosesan Pusat atau Pemproses). CPU komputer peribadi ; kemungkinan terdiri daripada jenis Intel 486, Pentium atau AMD, sebenarnya boleh diumpamakan sebagai jantung kepada komputer di mana data akan diproses dan arahan komputer ditafsirkan. Komponen yang berintegrasi dengan CPU pula adalah sistem ingatan utama yang lebih dikenali sebagai RAM. Kedua-dua komponen tersebut menjadi teras komputer anda, manakala komponen lain seperti pemacu cakera keras dan kad video, hanyalah pelengkap kepada aktiviti pusat. Tidak hairanlah jika ia hanya di kenali sebagai komponen kelengkapan.
CPU tersebut akan menjadikan RAM sebagai kawasan penyimpan data semasa, keputusan pengiraan dan pelbagai arahan program. Simpanan ini juga amat penting untuk melaksanakan beberapa tugasan yang diperlukan oleh sesuatu program yang sedang berjalan. Bagi menyimpan atau mengakses data dari simpanan data tersebut, CPU akan menjurus kepada alamat ingatan (memory address) bagi sesuatu maklumat yang diperlukan. Sementara bas (bus) alamat membolehkan CPU tersebut menghantar alamat kepada RAM, manakala bas data membolehkan pemindahan data sebenar kepada CPU. Istilah bas itu sendiri merujuk kepada perkaitan di antara CPU dan RAM peranti tersebut yang membolehkan mereka berkomunikasi. Kayu pengukur yang digunakan bagi menilai prestasi persembahan RAM ialah masa akses iaitu jumlah masa yang diambil oleh CPU untuk mengeluarkan arahan segera kepada RAM bagi membaca data tertentu, yang bermula daripada satu alamat sehinggalah CPU menerima data sebenar.
Lazimnya pada masa ini cip RAM memiliki kepantasan 60-ns, yang bermaksud ia mengambil masa selama 60 nanosaat (1 nanosaat bersamaan dengan 1 bilion saat) untuk melaksanakan satu pusingan perjalanan tersebut. Akses masa tersebut adalah lebih pantas berbanding cip 100 – 200-ns beberapa tahun yang lampau tetapi ia masih perlahan berbanding dengan masa akses yang ideal – masa akses bernilai sifar yang boleh direalisasikan sekiranya CPU tersebut menyimpan kesemua data. Bagi meningkatkan kepantasan capaian data, CPU terpaksa mengakses kepada ingatan cache (biasanya dirujuk sebagai cache sahaja). Pada kepantasan 20-ns atau lebih, ingatan cache adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan utama, tetapi sistem PC kurang mengandungi ingatan cache berbanding ingatan utama RAM kerana harganya lebih mahal. Oleh itu hanya data yang mungkin diperlukan oleh CPU sahaja akan ditempatkan di dalamnya. Pemilihan data tersebut akan dikendalikan oleh pengawal cache (cache controller).
Cip ingatan hanya berfungsi apabila ia menyimpan cas-cas elektronik. Komponen ini diperbuat daripada kapasitor dan transistor, di mana kapasitor akan menyimpan cas manakala transistor pula akan menukarkan cas tersebut kepada fungsi ‘on’ atau ‘off’. Dengan kewujudan cip RAM, sistem PC boleh mengubah kedudukan ‘on’ atau ‘off’ cas tersebut. Berbeza dengan cip ROM (Read-Only Memory) di mana cas-cas tersebut akan berada pada kedudukan ‘on’ atau ‘off’ secara kekal.
Kesemua teknologi yang terdapat pada RAM akan menekankan kepada kepantasan dan pengeluarnya berusaha untuk menawarkan kepantasan yang lebih tanpa meningkatkan kos. Disebabkan teknologi CPU sudah semakin pantas maka teknologi ingatan juga harus seiringan di samping memerlukan jenis-jenis RAM yang berbeza. Keterangan secara ringkas mengenai istilah-istilah ingatan yang seterusnya adalah seperti berikut:
RAM (Random-Access Memory)
Ia merupakan istilah menyeluruh bagi semua ingatan yang boleh dibaca atau ditulis secara tidak sehala (non-linear). Bagaimanapun ia merujuk secara khusus kepada ingatan berasaskan cip apabila kesemua ingatan berasaskan cip sebelum ini dikatakan bersifat akses-rawak. RAM adalah agak berlainan dengan ROM, kerana komputer hanya boleh membaca pada ROM tetapi boleh membaca dan menulis pada RAM.
SIMM (Single In-line Memory Module) dan DIMM (Dual In-line Memory Module)
SIMM dan DIMM sebenarnya tidak merujuk kepada jenis-jenis memori tetapi merujuk kepada modul (papan litar yang berserta dengan cip) di mana RAM dipakejkan bersama. SIMM merupakan modul yang terdahulu dengan menawarkan laluan data sebanyak 32-bit. Disebabkan pemproses Pentium telah direkabentuk untuk menangani laluan data yang lebih lebar daripada itu, SIMM mesti digunakan secara berpasangan dengan papan utama Pentium. Bagaimanapun SIMM masih boleh digunakan secara tunggal teteapi hanya di atas papan utama yang berasaskan pemproses 486 atau pemproses yang lebih perlahan.
Manakala DIMM yang merupakan modul terbaru akan menawarkan laluan 64-bit agar menjadikan lebih sesuai untuk digunakan bersama pemproses Pentium dan pemproses terbaru yang lain seperti AMG dan Cyrix. Dari segi pembelian komponen ingatan, setiap unit DIMM terbukti berupaya untuk mengendalikan kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh dua unit SIMM. Tambahan pula ia boleh digunakan secara tunggal pada papan utama Pentium. Dari segi jangka panjang pula DIMM adalah lebih ekonomik kerana ia tidak perlu menambah satu lagi DIMM pada sistem ingatan komputer.
DRAM (Dynamic RAM)
DRAM pula merupakan sejenis ingatan piawaian utama dalam komputer hari ini dan ia akan dirujuk apabila anda hendak memberitahu seseorang bahawa PC anda memiliki 32MB RAM. Di dalam DRAM, maklumat akan disimpan sebagai satu siri cas elektronik dalam sebuah kapasitor. Dalam setiap milisaat (milisecond) pengecasan secara elektronik kapasitor pada DRAM tersebut akan nyahcas (discharge) dan perlu disegarkan semula (refresh) untuk mengekalkan nilainya. Penyegaran secara berterusan ini telah dijadikan alasan untuk meletakkan istilah dynamic di hadapan susunan huruf RAM.
FPM RAM (Fast Page-Mode RAM)
Sebelum kemunculan EDO RAM, semua ingatan utama yang terdapat di dalam PC adalah dari jenis mod-halaman pantas (fast page-mode variety). Nama tersebut juga tidak begitu dikenali manakala jenisnya pula hanyalah satu. Bagaimanapun kemajuan teknologi telah berjaya mengurangkan masa akses bagi FPM RAM daripada 120-ns (nanosaat) kepada masa akses sekarang iaitu 60-ns. Bagaimanapun pemproses Pentium hanya mengiktiraf bas berkepantasan 66 Mhz kerana bas tersebut lebih pantas keupayaannya berbanding dengan keupayaan FPM RAM. Dengan kepantasan 60-ns akan membolehkan modul RAM melaksana akses halaman rawak (di mana halaman dirujuk sebagai satu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar